Tuesday, 4 October 2011

Asas Kamera DSLR bahagian 4

Untuk asas kamera DSLR bahagian 4 ni, aku akan bercerita sedikit mengenai beberapa kriteria pemilihan model kamera yang bersesuaian. Sekali lagi aku ingatkan, segala asas pemilihan model kamera ini adalah berdasarkan hasil daripada pengalaman aku sendiri k. Kalau ada info yang korang rasa tidak tepat ataupun tak lengkap, jangan malu-malu nak inform kepada aku. Sharing is Caring kan. Hehe
Jenama
Ni antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan bila nak membeli kamera dslr ni kan. Yer la, kamera DSLR ni bukan nya perkara yang murah dan korang boleh beli tiap bulan. Jadi, penting untuk korang dapatkan jenama yang diyakini. Kebiasaannya, dalam bidang DSLR ni ada 2 je jenama yang hebat bersaing iaitu Canon dan Nikon.
Level (bahagian)
Untuk kamera DSLR ni, kebiasaannya ada 3 level kamera yang dikeluarkan. 3 bahagian tu ialah entry level, mid level, dan pro level. Entry level adalah untuk beginner, mid level ni untuk yang mahir dan yang pro level ni biasanya digunakan oleh orang yang cari makan dengan ambil gambar. Untuk permulaan ni, aku cadangkan korang bermula dengan entry level terlebih dahulu. Ataupun nak lebih jimat, save sedikit duit lagi pastu beli mid level terus. hehe
Spesifikasi
Bahagian ni paling penting dalam korang memilih model kamera DSLR yang korang nak beli. Korang kena semak spesifikasi kamera DSLR yang korang nak beli sebab setiap model kamera ni berlainan fungsi dan spesifikasi. Macam beli komputer, tak semestinya kawan pakai Acer kita pun pakai Acer. Yang utama, sebelum beli semak betul spesifikasi yang ada dinyatakan k.
Keselesaan
Korang kena rasakan sendiri jenis model kamera yang korang bakal beli. Sepanjang pemerhatian aku, setiap orang berlainan minat dan keselesaan terhadap model kamera yang digunakan. Contoh, kalau seorang ni dah selesa dengan model Nikon, walaupun Canon ada model terbaru yang nyata lagi bagus, mesti dia tetap akan tunggu Nikon punya model sahaja. Jarang yang ada bertukar-tukar.
Akhir kata, sebelum korang membeli kamera DSLR korang, pastikan korang dah betul-betul puas hati. Jangan nanti dah beli baru nak menyesal. Biar lambat membeli, daripada beli rushing tapi rasa menyesal kemudian hari. Hehe

Monday, 3 October 2011

Asas Kamera DSLR bahagian 3

Hari ni aku macam biasa la, sambung sedikit sebanyak tulis info mengenai dslr ni. Untuk pengetahuan semua, segala gambar yang aku guna dalam entry mengenai DSLR ni aku ambil dari internet. Satu pun bukan kepunyaan aku(setakat ni). Memang salah cara aku, tapi nanti aku akan updatekan link-link gambar semua tu sekali k. Untuk yang menegur tu, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Hehe
Oh, ada juga antara korang yang tanya apa model DSLR yang aku guna. Sebenarnya, aku tak ada lagi kamera DSLR ni. Baru sahaja nak beli kamera ni. Semalam turun KL pun baru survey-survey harga dengan @zerohanz . Seharian survey, kamera tak dapat, tapi last-last saman parking kereta je yang kiteorang dapat. hehe Ok, tamat bab melalut..jom sambung dengan kelas pembelajaran kita k. :) 

ISO

ISO ni sebenarnya aku masih tak berapa nak faham sangat. Tapi mungkin ada antara kita yang faham dengan lebih jelas. Tapi mengikut pemahaman aku, ISO ni mengenai tahap sensitiviti sensor cahaya pada kamera korang. Ok, kalau dulu kita guna kamera film kan. Zaman sekarang yang berteknologi ni, imej yang kita capture ni dikesan atas sensor cahaya ni. Lagi tinggi jumlah ISO, maka lagi sensitif sensor tu. Lagi sensitif sensor tu, maka lagi banyak cahaya yang di kesan.


Untuk lagi faham dengan lebih mudah mengenai 3 bahagian asas yang aku dah kongsi setakat ni (Shutter speed, aperture, ISO) anggap kamera korang ni macam mata korang.Pastu shutter speed sebagai kelopak mata (yang kelip-kelip tu), aperture sebagai iris mata yang (yagn kawal jumlah cahaya masuk) dan ISO ni sebagai retina (sensor cahaya pada mata manusia sebelum hantar ke otak). Dengan analogi macam ni, harap korang lagi faham sebab kalau nak di ikutkan, segala 3 bahagian asas ni semuanya berkaitan dengan cahaya, cuma fungsi yang berbeza. Agak pening nak faham.


Kena ingat, bila kita gunakan ISO yang tinggi, biasanya akan ada “noise” pada gambar yang ditangkap. Noise ni bintik-bintik hitam pada gambar dan kalau nak tengok noise ni kena la zoom gambar tu dulu. Kalau tak zoom, memang tak akan nampak sangat. Tapi rasanya tak semua orang kisah sangat pasal noise ni.
Ada apa-apa yang korang nak tambah tak? kalau ada, jangan la segan-segan bagitahu k. Sharing-sharing sesama kita..Kalau rasa entry ni membantu, tolong Retweetkan ataupun share di Facebook ye. Harap sama-sama dapat manfaatkan ilmu ni walaupun tak seberapa.

Sunday, 2 October 2011

Asas Kamera DSLR bahagian 2

APERTURE

Aperture merupakan bukaan diafragma yang ada pada lens kamera DSLR korang. Bukaan lebar aperture di tentukan dengan jumlah F yang dinyatakan pada lens kamera korang. Lagi besar indeks aperture, lagi kecil bukaan diafragma lens korang. Jadi kesimpulannya, lagi besar bukaan diafragma, lagi banyak cahaya yang masuk.


Bagi yang mahir dengan kamera DSLR ni, aperture ni dorang gunakan untuk menentukan Depth Of Field (DOF) kualiti gambar yang bakal dihasilkan. Depth Of Field ni merupakan tahap kedalam sesuatu gambar yang korang nak. Untuk korang lagi paham dengan apa yang di maksudkan DOF ni, cuba korang tengok pada gambar yang aku tunjukkan kat bawah ni.

 Untuk yang tak paham, depth of field ni nampak jelas bila korang ambil gambar secara zoom. Korang perasan tak, kalau cameraman yang pro, gambar yang dia zoom memang jelas, hingga selain gambar yang difokus, memang nampak blur je.


Tengok gambar yang di atas ni, gambar di atas dia gunakan aperture yang rendah, jadi DOF dia besar, so keseluruhan gambar akan nampak jelas, walaupun secara kasarnya cameraman tu memfokuskan pada bahagian tengah gambar tersebut. Gambar di bawah pula menggunakan aperture yang tinggi, so bila cameraman zoom bahagian tengah gambar tu, bahagian lain memang jadi kabur dan tak jelas.
Harap penerangan mengenai aperture pada bahagian kali dapat korang fahami. Rasanya ini yang penting mengenai aperture pada kamera DSLR ni. Kalau ada yang masih tak faham, tanya la k. Kalau tahu, aku jawab. Tapi kalau tak tahu, kita sama-sama cari penyelesaian. Aku pun baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni.

Saturday, 1 October 2011

Asas Kamera DSLR Bahagian 1

Salam sejahtera kepada semua. Hari ni rasanya nak berkongsi sedikit asas mengenai kamera DSLR. Rasanya benda yang aku nak kongsikan ni ramai yang dah tahu, tapi apa salahnya aku kongsikan lagi untuk kawan-kawan yang belum tahu sangat macam aku ni. Oh, sebelum terlupa, apa-apa yang aku kongsikan kat sini semuanya hasil daripada carian aku di internet, pastu diolah mengikut kefahaman aku k.
Untuk perkongsian mengenai asas kamera ni, aku akan bahagikan beberapa bahagian. Untuk memudahkan kita sama-sama memahami apa yang perlu kita tahu secara asas mengenai kamera ni k. Jika ada kalau ada kekurangan, harap maklumkan la. Sebab aku pun masih dalam proses nak mengenali kamera ni. Hehe


SHUTTER


Shutter ni merupakan satu alat yang mengawal jumlah cahaya yang masuk dalam kamera korang. Kelajuan shutter (Shutter speed) untuk kamera DSLR ni biasanya boleh di tetapkan sendiri oleh pengguna, sama ada nak laju, ataupun lambat.
Untuk kelajuan shutter ni, ia diukur menggunakan indeks yang mempunyai nilai B,1,2,4,6,15,30,60,125,250,500,1000, dan 2000. Ini bermaksud jika kelajuan shutter korang set pada 1000, bermaksud shutter kamera korang membenarkan cahaya masuk cuma selama 1/1000 saat. Lagi besar jumlah yang ditentukan, lagi sekejap jumlah cahaya dibenarkan masuk. Makin kecil, makin banyak cahaya yang dibenarkan masuk.
Untuk ambil gambar yang pegun, bagi objek bergerak, korang kena set shutter korang pada kelajuan yang tinggi. Lagi tinggi shutter speed korang, lagi jelas gambar objek bergerak yang korang dapat tangkap. Tapi kena ingat, bila shutter speed laju, maka jumlah cahaya yang masuk pun sedikit. So, pada situasi ni kita kena pandai menggunakan ciri-ciri lain yang ada pada kamera DSLR (aperture, dan ISO) ini untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Untuk korang faham lagi beza gambar pada shutter speed yang tinggi atau rendah korang boleh tengok gambar yang aku sediakan di bawah ni k.


  • Kiri       : Shutter speed paling laju, di mana kipas yang tengah berpusing nampak pegun (tidak bergerak)
  • Tengah :Shutter sederhana, kipas masih menampakkan bentuk, tapi kabur.
  • Kanan   : Shutter lambat: Kipas nampak kabur sepenuhnya
Rasanya setakat ni je apa yang aku faham mengenai Shutter ni. Kalau korang ada apa-apa tambahan, jom la kongsi sekali dengan aku. Bersama-sama kita saling “belajar dan mengajar” k.